Wednesday 18 January 2017

Apa itu Stevia?


Apa itu Stevia?



Stevia adalah pemanis semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan. Stevia merupakan 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Stevia yang digunakan sebagai pemanis gula semulajadi adalah Stevia daripada species Stevia Rebaudiana.

Daun Stevia telah digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang lalu lagi.


Namun kajian meluas terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke-19 selepas pengkaji dan penyelidik Brazil mengetahui bahawa sehelai daun Stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat.

Ia secara rasminya ditemui pada kurun ke-19 oleh Dr.Moises Santiago Bertoni. Beliau menamakannya sebagai Stevia Rebaudiana Bertoni sebagai penghormatan kepada ahli kimia Paraguay. Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis adalah stevia dari spesies Rebaudiana.

Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf atau sweet herb.
Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan adalah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Daunnya berbentuk bujur, batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimum Stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil warna putih.

This Is The Oldest Page


EmoticonEmoticon