Wednesday 18 January 2017

Apa itu Ekstrak Stevia?



Apa itu Ekstrak Stevia?



Ekstrak Stevia adalah komponen yang telah diasingkan daripada daun stevia yang akan digunakan sebagai bahan pemanis. Bahan yang bertanggungjawab memberikan kemanisan pada daun Stevia adalah Steviol Glycoside. Steviol Glycoside ini mengandungi Stevioside dan Rebaudioside.

Kemanisan daripada ekstrak Stevia ini adalah 200 hingga 300 kali lebih manis daripada gula tebu. Walaupun ia lebih manis daripada gula pasir, tetapi ia tidak mengandungi kalori (zero calorie). Ia tidak mengandungi karbohidrat, tiada lemak, dan tiada kolesterol.

Ekstrak Stevia ( Stevia Extract) telah meluas digunakan di seluruh dunia selepas diluluskan oleh FDA. Di Malaysia, Ekstrak Stevia tidak memerlukan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana ia bukannya ubat atau supplemen, tetapi ia adalah sejenis bahan pemanis yang terletak di bawah Akta Makanan.

Disebabkan Stevia ini selamat digunakan dan tahan suhu tinggi, telah ramai pengguna Malaysia yang menggunakan pemanis semulajadi ini menggantikan gula pasir dalam pemakanan harian mereka.

Ekstrak Stevia Rebaudiana yang bebas kalori atau sifar kalori sesuai digunakan bahan ganti gula biasa bagi golongan yang mengalami masalah obesiti yang ketagihan gula.


EmoticonEmoticon